Subscribe:

Isnin, 28 Disember 2009

LAWATAN RASMI

Setelah sebulan lamanya Esah memberi ceramah yang tidak mempunyai permit. Kali ini esah telah bertekad untuk turun bumbung sendiri, menyaksikan para penyokongnya.

Lawatan yang hanya mengambil masa satu jam telah menjemput ramai peminatnya memerhati lebih dekat ketokohan esah. Sambil membawa surat khabar utusan dan meletakkan kedua tangannya dibelakang, esah memeriksa barisan-barisan penyokong yang terdiri dari ayam-ayam, berok seekor dan beberapa ekor kucing pendatang.

Setelah berpuashati dengan barisan penyokongnya esah terus ke tempat sampah belakang dan menyalakan api. Para peminatnya ketakutan apa yang mungkin dilakukan esah. Cehhhh rupanya esah mahu memasak nasi dan air. Ini setelah kerana digam oleh tuan rumah akibat keselekehan dapur masak apabila digunakan beliau.

Tiada ulasan: