Subscribe:

Isnin, 28 Januari 2013

jurnal minggu pertama praktikum j-qaf

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal    
:
:
:
:
Ke-1
Pertama
21 - 25 Januari 2013
Minggu Pertama Di SK Taman Sutera

Pada hari pertama, saya melapor diri kepada Encik Borahan Bin Kasim, Guru Besar, SK Taman Sutera, Johor Bahru. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru Besar memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah :
-       sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah;
-       struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan;
-       latar belakang murid dan masyarakat setempat;
-       tugas dan tanggungjawab murid di sekolah;
-       pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Selepas waktu rehat kami diperkenalkan kepada guru-guru dan staf sokongan. Selepas kami dibawa oleh Guru Penolong Kanan berjalan di sekeliling kawasan sekolah saua berjumpa dengan Ustazah Rosiza Bte Abd Hamid, guru pembimbing praktikum kami. Ustazah Rosiza Bte Abd Hamid memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester.

Saya telah ditugaskan untuk mengajar murid tahun3 dalam subjek Pendidikan Islam iaitu Pemulihan Jawi dan tilawah. Selain itu, saya juga diarahkan untuk mengajar tahun 3 subjek Bahasa Arab. Saya telah membuat rancangan pengajaran harian sebelum bermula kelas yang saya perlu mengajar. Untuk membuat rancangan pengajaran bagi Pendidikan Islam, saya tidak menghadapi masalah yang banyak dalam menulis perancangan saya. Namun begitu, dalam subjek bahasa Arab, saya menghadapi masalah untuk menulis rancangan pengajaran tersebut.

Saya menyelesaikan masalah menulis rancangan pengajaran bahasa Arab ini dengan merujuk kepada guru-guru lama dan kepada guru pembimbing saya. Alhadulillah, saya berjaya menulis rancangan pengajaran dalam bahasa Arab dengan bantuan rakan-rakan guru saya.

Pada hari kelima, saya menyerahkan Rancangan Pengajaran Harian saya kepada Guru Besar dan guru pembimbing untuk disemak. Selepas itu   saya  membuat   rancangan   mingguan,  rancangan  pengajaran   harian   dan  bahan  sumber pengajaran dan pembelajaran yang akan saya gunakan dalam minggu kedua.





Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :
Nama            :
Tarikh            :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :
Nama            :
Tarikh            :

Selasa, 15 Januari 2013

penyataan profesional sebelum praktikum j qaf



Program praktikum saya kali ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Sutera. Sekolah ini merupakan sekolah yang telah saya bertugas pada tahun lepas dan ini merupakan praktikum pertama saya. Walaupun mengalami sedikit masalah dari segi kewangan dan penempatan, saya menganggap perkara ini sebagai satu peluang untuk saya menimba ilmu. Sudah pasti suasana pengajaran dan pembelajaran akan berubah.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persedian dari segi mental dan fizikal. Pengalaman mengajar yang lalu, sedikit sebanyak membantu saya dalam persediaan mental untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru praktikum. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin saya tekankan kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum ini, saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Taman Sutera. Alhamdulillah, sepanjang setahun saya berada di sekolah ini, saya dapat membiasakan dengan persekitaran dan suasana sekolah ini. Hubungan saya dengan guru-guru lain dan pihak pentadbir juga tidak menghadapai masalah.
Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh praktikum. Walaupun jarak antara sekolah dan rumah agak jauh iaitu lebih kurang 15km, saya akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal.
            Untuk praktikum kali ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini portfolio praktikum setiap minggu tanpa bertangguh. Perkara ini penting agar selepas tamat praktikum kelak, beban tugasan praktikum tidaklah begitu banyak. Untuk buku persediaan mengajar pula, dengan bimbingan yang jelas dari unit praktikum, saya kira tiada masalah dari segi kekeliruan akan timbul dan saya berharap agar segala perancangan pengajaran yang telah saya rancang akan datang dapat diterima oleh murid dan objektif pengajaran sepanjang tempoh praktikum ini akan tercapai.
Harapan saya juga dalam melaksanakan praktikum akan datang, saya berharap agar anak didik saya dapat membaca al-quran dan juga iqra dengan sebutan yang betul. Walaubagamanapun, saya perlu membantu anak didik saya supaya mereka dapat membaca dan menyebut kalimah dalam al-quran. Antara teknik pengajaran yang akan saya laksanakan bagi memastikan mereka boleh membaca dengan betul ialah melalui kaedah talaqi mushafahah.
Melalui kaedah ini saya akan membaca terlebih dahulu dan seterusnya murid-murid akan mengikut bacaan saya. Disebabkan saya mengajar di kelas murid yang paling lemah, saya terpaksa membaca satu kalimah ke satu kalimah supaya murid dapat mendengar sebutan saya dengan jelas dan mereka mampu mengikut. Pegalaman yang lalu telah mengajar saya iaitu anak murid saya tidak mampu mengikut sekiranya saya membaca terus untuk melengkapkan  satu ayat.
Melalui kaedah ini juga, saya akan cuba melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menarik perhatian murid supaya mereka tidak bosan semasa pembelajaran berlangsung. Saya bercadang untuk melaksanakan aktiviti seperti kuiz meneka sebutan potongan ayat dengan betul. Dalam aktiviti ini, saya akan membaca potongan ayat tersebut dan selepas itu, saya akan memilih seorang murid untuk kehadapan dengan memilih potongan ayat yang betul di papan hitam.
Akhir kata, saya sungguh berharap atas berkat usaha saya dengan diizinkan Allah agar anak didik saya boleh membaca al-quran pada masa akan datang. Segala usaha yang saya lakukan demi membantu anak-anak Islam pada masa kini yang mana al-quran semakin jauh untuk dibaca kerana mereka tidak mempunyai ilmu untuk membaca.