Subscribe:

Ads 468x60px

Selasa, 29 November 2016




Latihan khatam quran murid tahun 6 2016 sk bukit kuari.

SK BUKIT KUARI 2016



Sekian lama aku tidak menulis di sini.dah penghujung 2016 rupanya.dah hampir 3 tahun bertugas di sk bukit kuari.gambar ni budak darjah 6.yang tengah2 tu nur ardina naziffa,kiri era,kanan zaida.semoga semua anak didik aku berjaya dunia akhirat.amin..

Isnin, 28 Januari 2013

jurnal minggu pertama praktikum j-qaf

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal    
:
:
:
:
Ke-1
Pertama
21 - 25 Januari 2013
Minggu Pertama Di SK Taman Sutera

Pada hari pertama, saya melapor diri kepada Encik Borahan Bin Kasim, Guru Besar, SK Taman Sutera, Johor Bahru. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru Besar memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah :
-       sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah;
-       struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan;
-       latar belakang murid dan masyarakat setempat;
-       tugas dan tanggungjawab murid di sekolah;
-       pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Selepas waktu rehat kami diperkenalkan kepada guru-guru dan staf sokongan. Selepas kami dibawa oleh Guru Penolong Kanan berjalan di sekeliling kawasan sekolah saua berjumpa dengan Ustazah Rosiza Bte Abd Hamid, guru pembimbing praktikum kami. Ustazah Rosiza Bte Abd Hamid memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester.

Saya telah ditugaskan untuk mengajar murid tahun3 dalam subjek Pendidikan Islam iaitu Pemulihan Jawi dan tilawah. Selain itu, saya juga diarahkan untuk mengajar tahun 3 subjek Bahasa Arab. Saya telah membuat rancangan pengajaran harian sebelum bermula kelas yang saya perlu mengajar. Untuk membuat rancangan pengajaran bagi Pendidikan Islam, saya tidak menghadapi masalah yang banyak dalam menulis perancangan saya. Namun begitu, dalam subjek bahasa Arab, saya menghadapi masalah untuk menulis rancangan pengajaran tersebut.

Saya menyelesaikan masalah menulis rancangan pengajaran bahasa Arab ini dengan merujuk kepada guru-guru lama dan kepada guru pembimbing saya. Alhadulillah, saya berjaya menulis rancangan pengajaran dalam bahasa Arab dengan bantuan rakan-rakan guru saya.

Pada hari kelima, saya menyerahkan Rancangan Pengajaran Harian saya kepada Guru Besar dan guru pembimbing untuk disemak. Selepas itu   saya  membuat   rancangan   mingguan,  rancangan  pengajaran   harian   dan  bahan  sumber pengajaran dan pembelajaran yang akan saya gunakan dalam minggu kedua.





Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :
Nama            :
Tarikh            :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :
Nama            :
Tarikh            :

Selasa, 15 Januari 2013

penyataan profesional sebelum praktikum j qaf



Program praktikum saya kali ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Sutera. Sekolah ini merupakan sekolah yang telah saya bertugas pada tahun lepas dan ini merupakan praktikum pertama saya. Walaupun mengalami sedikit masalah dari segi kewangan dan penempatan, saya menganggap perkara ini sebagai satu peluang untuk saya menimba ilmu. Sudah pasti suasana pengajaran dan pembelajaran akan berubah.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persedian dari segi mental dan fizikal. Pengalaman mengajar yang lalu, sedikit sebanyak membantu saya dalam persediaan mental untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru praktikum. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin saya tekankan kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum ini, saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Taman Sutera. Alhamdulillah, sepanjang setahun saya berada di sekolah ini, saya dapat membiasakan dengan persekitaran dan suasana sekolah ini. Hubungan saya dengan guru-guru lain dan pihak pentadbir juga tidak menghadapai masalah.
Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh praktikum. Walaupun jarak antara sekolah dan rumah agak jauh iaitu lebih kurang 15km, saya akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal.
            Untuk praktikum kali ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini portfolio praktikum setiap minggu tanpa bertangguh. Perkara ini penting agar selepas tamat praktikum kelak, beban tugasan praktikum tidaklah begitu banyak. Untuk buku persediaan mengajar pula, dengan bimbingan yang jelas dari unit praktikum, saya kira tiada masalah dari segi kekeliruan akan timbul dan saya berharap agar segala perancangan pengajaran yang telah saya rancang akan datang dapat diterima oleh murid dan objektif pengajaran sepanjang tempoh praktikum ini akan tercapai.
Harapan saya juga dalam melaksanakan praktikum akan datang, saya berharap agar anak didik saya dapat membaca al-quran dan juga iqra dengan sebutan yang betul. Walaubagamanapun, saya perlu membantu anak didik saya supaya mereka dapat membaca dan menyebut kalimah dalam al-quran. Antara teknik pengajaran yang akan saya laksanakan bagi memastikan mereka boleh membaca dengan betul ialah melalui kaedah talaqi mushafahah.
Melalui kaedah ini saya akan membaca terlebih dahulu dan seterusnya murid-murid akan mengikut bacaan saya. Disebabkan saya mengajar di kelas murid yang paling lemah, saya terpaksa membaca satu kalimah ke satu kalimah supaya murid dapat mendengar sebutan saya dengan jelas dan mereka mampu mengikut. Pegalaman yang lalu telah mengajar saya iaitu anak murid saya tidak mampu mengikut sekiranya saya membaca terus untuk melengkapkan  satu ayat.
Melalui kaedah ini juga, saya akan cuba melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menarik perhatian murid supaya mereka tidak bosan semasa pembelajaran berlangsung. Saya bercadang untuk melaksanakan aktiviti seperti kuiz meneka sebutan potongan ayat dengan betul. Dalam aktiviti ini, saya akan membaca potongan ayat tersebut dan selepas itu, saya akan memilih seorang murid untuk kehadapan dengan memilih potongan ayat yang betul di papan hitam.
Akhir kata, saya sungguh berharap atas berkat usaha saya dengan diizinkan Allah agar anak didik saya boleh membaca al-quran pada masa akan datang. Segala usaha yang saya lakukan demi membantu anak-anak Islam pada masa kini yang mana al-quran semakin jauh untuk dibaca kerana mereka tidak mempunyai ilmu untuk membaca.

Isnin, 31 Disember 2012

siapa mustafa kamal ataturk

mustafa kamal ataturk adalah merupakan seorang yahudi yang bertopengkan islam.Sejak dari kecil lagi, beliau telah dididik supaya membenci islam.Sehingga sekarang, bapa beliau tidak diketahui secara jelas.Beliau merupakan pemimpin yang telah menghancurkan turki.Apa buktinya ???.

pertama, dia lah yang telah menghapuskan sistem khalifah di turki.kedua, dialah yang telah mengarahkan supaya azan dilaungkan dengan bahasa turki.ketiga, dia telah menghalang umat islam terutama perempuan untuk menutup aurat,sebaliknya berpakaian seperti barat.keempat, dia telah menukarkan sebuah masjid di turki kepada sebuah muzium dan dia juga telah menghalang orang islam bersembahnyag di masjid.kelima, dia telah menghapuskan sistem wakaf di turki.

kejahatan beliau telah jelas dilihat lebih-lebih lagi apabila dia meminum arak di khalayak umum dan berkata pemimpim islam sebelum ini juga meminum arak, cuma mereka tidak minum secara terang.sungguh jahat makhluk ini..diakhir hayat, beliau telah diazab oleh Allah sebelum dia mati.Antara azab yang diberi ialah :1)badan gatal-gatal2)terasa panas yang keterlaluan

Rabu, 28 November 2012

Huruf Jawi dan Rumi

Bismillah,dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..


   Kaedah pembentukan perkataan

Untuk daftar ini huruf-huruf Jawi dan padanan-padanan Rumi yang digunakan adalah seperti yang berikut:

Huruf Jawi                          

Padanan Rumi


Huruf Jawi                          

Padanan Rumi

ا
A
غ
gh
ب
B
ف
f
ت
T
ق
K,q,(q)
ة
H,t (t)

ك
K
ث
S(th)
ل
L
ج
j
م
M
ح
H(h)
ن
N
خ
kh
و
W,o,u
د
d
ؤ
V
ذ
Z (dh)
ه
H
ر
r
ء
K (,)
ز
z
ي
Y,I,e (taling)
س
s
خ
C
ش
Sy(sh)
غ
Ng
ص
S(s)
ف
P
ض
D(d)
ض
G
ط
T(t)
ى
E (pepet)
ظ
Z(z)
ث
ny

ع
A,k(,)


Selasa, 6 November 2012

RUKUN-RUKUN TILAWAH (BACAAN) AL-QURAN





Setiap ibadat mempunyai rukun-rukun yang tersendiri, begitu juga dengan bacaan al-Quran. Rukun bacaan al-Quran ada tiga. 

Sah sanad.

Sanad secara mudah bermakna sandaran, sijil tauliah atau syahadah. Secara lebih khusus iaitu seseorang membaca al-Quran sehingga khatam daripada bimbingan guru-guru yang muttaqin lagi bijaksana dan bersambung sanad-sanad bacaannya sehingga kepada bacaan Rasulullah. Pemeliharaan rukun ini sangat penting kerana bacaan al-Quran merupakan sebahagian daripada sunnah Nabi s.a.w.

Definisi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan tersebut adalah datangnya daripada Rasululah s.a.w ialah dengan membaca al-Quran di hadapan guru yang thiqoh (dipercayai), serta keilmuan guru tersebut dalam bidang al-Quran diketahui umum dan guru kepadanya juga terkenal di dalam masyarakat. Inilah dimaksudkan sanad atau sijil ketika menuntut ilmu bacaan al-Quran.

Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil atau tauliah merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya kerana terhakisnya ilmu daripada hati manusia dan pembohongan serta penipuan berleluasa. Jika diimbas kepada sirah Rasulullah kita dapati orang yang menanggung al-Quran ketika itu adalah mereka yang sangat amanah (sahabat-sahabat). Penerimaan mereka terhadap ilmu yang dipelajari daripada Rasulullah tidak diragui kesahihannya walaupun ketika itu tidak terdapat sijil dan bentuk-bentuk perakuan bertulis yang lain.

Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individu muslim hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajaran dan penerimaan di dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang. Adakah bacaannya menepati sepenuhnya sebagaimana bacaan Rasulullah mengajar para sahabatnya iaitu membaca mengikut kaedah-kaedah tajwid yang ditentukan. Adakah kita membuat kepastian terhadap guru yang mengajar al-Quran kepada kita. Adakah guru tersebut mengambil dan menerima sanad daripada pembacaan al-Quran beliau sebelum ini.

Bertepatan dengan mushaf Rasm Uthmani

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-mushaf Rasm Uthmani. Mushaf Kufi adalah salah satu mushaf Rasm Uthmani dan digunakan secara meluas di Malaysia dan di dunia. Penggunaan mushaf ini selari dengan riwayat bacaan yang tersebar luas di Malaysia dan di dunia iaitu bacaan Imam Asim, Riwayat Hafs Torik (aliran bacaan) Syatibi. Penulisan Rasm Uthmani merupakan sesuatu yang tauqifi (ketentuan Allah) dan bukan daripada ijtihad (buah fikiran) mana-mana pihak.

Pengabaian terhadap penggunaan mushaf Uthmani akan menyebabkan bacaan kurang tepat seperti menambah bacaan huruf-huruf tambahan di dalam penulisan al-Quran, penghentian (waqaf)  bacaan kurang tepat.

Bertepatan dengan nahu  Bahasa Arab.

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu wajah (bentuk) kaedah nahu Bahasa Arab  samada ia fasih atau lebih fasih, yang disepakati atau yang  tidak disepakati selama mana sanad bacaan tersebut tetap sahih.

Berapa banyak bacaan-bacaan al-Quran yang diingkari oleh ahli-ahli nahu bahasa arab tetapi keingkaran mereka tidak diterima kerana ulama-ulama salaf berijma’ menerimanya. Ini kerana jika sesuatu riwayat diakui keesahannya ahli-ahli nahu tidak boleh menolaknya dan dikira sebagai satu kesalahan bahasa kerana bacaan al-Quran adalah sunnah muttabaah yang mesti diterima.

Jika kekurangan salah satu daripada rukun tersebut bacaan itu dikira Syaz (yang meragukan).