Subscribe:

Sabtu, 17 Disember 2011

Perkara Haram dalam Thoharoh

1) Bercebok menggunakan Tangan Kanan

2) Beristinjak menggunakan tulang atau pun menggunakan benda-benda najis yang telah menjadi keras.Seperti tahi lembu.

3) Beristinjak menggunakan makanan.

4) Membuang air di tepi jalan atau atas jalan dan juga berhampiran dengan sumber air.

5)Kencing di dalam air yang tenang

6) Bercakap-cakap ketika membuang air

Khamis, 24 November 2011

Hadis Mutawatir.


Maksud Hadis Mutawatir.
Hadis Mutawatir ialah hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang ramai serta mustahil mereka mendustai dalam hadis tersebut.Tidak mungkin diantara sanad sehingga ke akhirnya berlaku penipuan.Periwayatan hadis berlaku dengan cara pancaindera.

Syarat hadis mutawatir.
1)      Diriwayatkan oleh perawi yang ramai.Ini menjamin tiada terjadi kesalahan secara kebetulan  Dan disini ,wajib menfokuskan kepada bilangan perawi.
2)      Mustahil mereka sepakat untuk menipu,dan ini menjamin tiada terjadi pendustaan,disini juga mesti menumpukan kepada sifat-sifat perawi.
3)      Setiap sanad yang terlibat dalam hadis Mutawatir ini,jauh daripada berlakunya kesalahab dan pendustaan.
4)      Setiap sanad yang melibatkan periwayatan dalam hadis Mutawatir ini,mengunakan pancaindera.

Bahagian Hadis Mutawatir.
1) Mutawatir Lafzi.
-iaitu hadis yang diriwayatkan dengan lafaz yang sama.
Contoh:من كذب على متعمدا فلىتبوا مقعده من اتنار
2) Mutawatir Maknawi.
-iaitu hadis yang diriwayatkan sama makna tapi berbeza lafaz.
Contoh:" بقبرين فقال انهما ليعذبان وما يعذبان في كبير"
            "كان يدعو في الصلاة اللهم اني اعوذ بك من عذاب القبر"

Jumaat, 14 Oktober 2011

Doa



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Ahad, 9 Oktober 2011

NILAI MAS KAHWIN TERKINI BAGI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA 1 JANUARI 2010




Negeri                                                       Anak Dara (RM)                 Janda(RM) _____________________________________________________________________
Johor                                                                              22.50                          22.50
Melaka                                                                           40.00                          40.00
Negeri Sembilan
        Bukan waris                                                            24.00                          12.00
        Ahli Waris                                                               48.00                          24.00
        Kerabat Diraja di Wilayah Datuk Kelana                 725.00                        725.00 
Selangor 
Puteri Sultan                                                             2500.00                      625.00 
Puteri Raja Muda atau                                        
Puteri kepada Putera Sultan                                      2000.00                      500.00
       Puteri Kerabat                                                          1000.00                      250.00
       Puteri Anak Raja(waris)                                            137.50                        550.00
 Puteri Anak Raja(yang lain)                                       300.00                        75.00
       Anak Perempuan Orang-orang besar                         300.00                       75.00
       Cucu orang Besar                                                      200.00                       50.00
       Orang Kebanyakan                                                   300.00                        300.00
Kuala Lumpur                                                                  80.00                          40.00
Perak                                                                               101.00                        101.00
Pulau Pinang                                                                     24.00                          24.00
Kedah                                                                                -                                 -
Perlis                                                                                  -                                 -
Pahang                                                                             22.50                          22.50
Terengganu                                                                        -                                 -
Kelantan                                                                            -                                 -
Sabah                                                                            100.00                          80.00
Sarawak                                                                        120.00                          120.00
Labuan                                                                           80.00                           80.00


Kosmo. 2011. 18 Jun.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Cara mengatasi marah ketika diserang marah


Cara ilmiah:
·         Dengan mengingati dan memikirkan nas-nas dari kitab-kitab atau hadith-hadith serta kisah-kisah ahli salaf yang berkaitan dengan kemuliaan sifat menahan marah,memberikan kemaafan,dan sebagainya.
·         Menakut-nakutkan diri kita dengan balasan azab Allah umpamanya dengan membisikkan ke dalam hati bahawa kekuasaan Allah lebih agung dengan kekuasaanku ke atas si polan ini.Sekiranya aku meneruskan tindakan amarahku ini aku tidak aman dari kemurkaan Allah pada Hari Qiamat sedangkan pada hari itu aku sangat berhajat akan keampunanNya.
·         Menyedarkan diri kita dengan sikap perseteruan dan permusuhan serta balas dendam dari golongan yang dimusuhi di mana musuh tersebut akan sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan matlamat dan cita-cita kita kerana sudah menjadi sifat musuh akan suka dan gembira dengan bala bencana dan kesusahan yang meniup diri kita.
·         Menyedarkan diri kita tentang betapa buruknya rupa kita ketika marah dan cuba membandingkan dengan binatang yang garang dan ganas sedangkan orang yang tenang dan penyabar menyerupai manusia mulia dari para anbiya’,awliya’ulama’ dan hukama’.
·         Memikirkan bahawa menahan marah itu adalah suruhan Allah dan akan dimuliakan Allah sekalipun manusia akan memperkecil-kecilkannya dan juga menyedari bahawa pada hari Qiyamat kelak akan dilaungkan suara panggilan supaya sesiapa orang yang mengharapkan balasan pahala Allah tampil ke hadapan.Ketika itu tiada sesiapa yang tampil melainkan orang yang memaafkan kesalahan orang lain kerana Allah.
Cara amali:
·         Hendaklah berlindung dengan Allah dari syaitan dengan penuh kesedaran seperti:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم          
ataupun dengan memegang hidung seraya membaca:

اَللًّهُمَّ َرَبًّ النًّبٍي مُحَمًّدٌ اغْفِرْلِي ذُنْبِي َواذْهِبْ غَيظَ قَلْبِي وَاَجِرْنِي مِنْ مُضِلاًّ الفَِتًنْ

·         Jika masih lagi berasa marah hendaklah diubah kedudukan dirinya.Sekiranya ketika itu berdiri maka hendaklah duduk,sekiranya duduk hendaklah baring.
·         Jika masih marah,segeralah berwudhu’ dengan air sejuk atau mandi.

Kelebihan Orang Yang Menahan Marah
Allah memuji orang yang menahan perasaan marahnya seperti firman-Nyat
ûïÏ%©!$# tbqà)ÏÿZムÎû Ïä!#§Žœ£9$# Ïä!#§ŽœØ9$#ur tûüÏJÏà»x6ø9$#ur xáøtóø9$# tûüÏù$yèø9$#ur Ç`tã Ĩ$¨Y9$# 3 ª!$#ur =Ïtä šúüÏZÅ¡ósßJø9$# ÇÊÌÍÈ  
134. Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik;
Menepati dengan ini,Rasulullah saw menjelaskan dengan lebih terperinci dalam hadithnya yang bermaksud:
Seseiapa yang menahan marahnya sedangkan kalau dia mahu meneruskan nescaya dia lakukan,pasti akan Allah penuhi hatinya dengan keredhaan pada hari qiyamat

Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.
-Sumber : JAKIM

Apa itu Marah?



Marah

Perasaan marah adalah naluri semulajadi yang disediakan yang disediakan oleh Allah pada setiap makhluk yang bernyawa atau haiwan,terutama manusia untuk menjadi alat senjata diri manusia.Naluri ini yang melahirkan suatu daya kekuatan yang menggerakkan manusia mengambil tindakan,sama ada untuk mempertahankan diri,maruah dan harta atau untuk membalas dendam ataupun untuk mencari kepuasan nafsu marahnya.Daya marah ini bertempat pada hati.Manakala ada sebab yang membangkitkannya maka akan lahirlah maka akan lahirlah daya marah.

Peringkat Marah

Pertama:Peringkat kelemahan daya marah sehingga ke peringkat ketiadaan rasa marah.Peringkat ini adalah tercela kerana ketiadaan rasa marah boleh membawa kepada dayus dan bacul.Menurut Imam Syafie orang yang tidak mempunyai rasa marah bila berhadapan dengan sebab yang menimbulkan kemarahan adalah seekor himar.Allah telah memuji para sahabat kerana sifat mereka yang Asyidda ‘ala al kuffar,malah RasulNya telah diperintah supaya berlaku keras terhadap orang kafir yang memusuhi Islam dan golongan munafiqun.Sifat tersebut adalah momentum dari naluri marah dalam diri manusia.
Kedua:Peringkat daya marah yang keterlaluan dan melampaui batas iaitu ketika sifat ini keluar dari kawalan akal dan pimpinan agama sehingga kehilangan kewarasan akal bahkan perlakuan seperti dirasuk syaitan.Ada dua sebab yang menjadikan seseorang bersifat pemarah yang keterlaluan iaitu:
a)      Berpunca  dari perkara yang bersifat naluri seperti sifat semulajadi seseorang iaitu panas baran.
b)      Berpunca dari perkara yang dibiasakan,di mana sifat marahnya itu terbentuk dalam dirinya melalui didikan sama ada secara sedar ataupun tidak seperti membiasakan diri bergaul dengan golongan manusia yang bangga dengan sifat pemarah untuk menunjukkan keberanian dan kejantanan lebih-lebih lagi diberikan galakkan dan rangsangan.