Subscribe:

Khamis, 31 Disember 2009

MUSANG MENGGANAS

garupaletidak perasan, rupa-rupanya jam dah pukul 2 pagi semalam. Berdezup-dezup musang menyekik ayam dibelakang. Marah monyet dan jaguh, malam semalam cukup hangat bising sangat dibelakang seperti zoo dibuka rantainya. BISING!!!!
bising

Esah terus menjerit kuat!!! syohhhh... monyet menjerit!! jaguh menjerit!!!... Aku terbangun dari katil.. terus berjaga malam semalam terus tgk bola liverpool lawan tak ingat.

Walaubagaimanapun, semua binatang peliharaan dibelakang terselamat dari serangan musang tersebut. Monyet mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Esah kerana telah menyelamatkan bapa angkatnya dari dimakan.

Isnin, 28 Disember 2009

LAWATAN RASMI

Setelah sebulan lamanya Esah memberi ceramah yang tidak mempunyai permit. Kali ini esah telah bertekad untuk turun bumbung sendiri, menyaksikan para penyokongnya.

Lawatan yang hanya mengambil masa satu jam telah menjemput ramai peminatnya memerhati lebih dekat ketokohan esah. Sambil membawa surat khabar utusan dan meletakkan kedua tangannya dibelakang, esah memeriksa barisan-barisan penyokong yang terdiri dari ayam-ayam, berok seekor dan beberapa ekor kucing pendatang.

Setelah berpuashati dengan barisan penyokongnya esah terus ke tempat sampah belakang dan menyalakan api. Para peminatnya ketakutan apa yang mungkin dilakukan esah. Cehhhh rupanya esah mahu memasak nasi dan air. Ini setelah kerana digam oleh tuan rumah akibat keselekehan dapur masak apabila digunakan beliau.

Khamis, 24 Disember 2009

ATAS BUMBUNG

Esah berceramah lagi pada malam semalam. Tepat sahaja pukul 12 malam apabila radio ikim mengumandangkan lagu negaraku, esah terus bangkit dan menyanyikan lagu negaraku dengan kuat.

Setelah selesai lagu negaraku, esah terus memanjat tangga ke tingkat bumbung sambil membebel-bebel, aku hamba Allah, aku hamba Allah. Ceramah pun dijalankan. kira-kira tiada sorang pun yang mendengar ceramah esah pada malam semalam, cuma seekor beruk dan ayam jaguh.

Terkadang esah menjerit menghalau-halau musang semasa berceramah. Musang yang menjadi dalang mengganggu ceramah esah biasanya mahu membaham ayam dibelakang rumah.

Ceramah esah terpaksa dihentikan dengan serta-merta kerana datang 5 anggota fru dan polis pencegah rusuhan. Anggota terbabit melepaskan gas pemedih mata kepada ayam dan beruk kerana menyaksikan ceramah esah yang tidak mempunyai permit.

Jadi esah mengharap supaya dimasa akan datang ceramahnya tidak akan disekat lagi.

Isnin, 7 Disember 2009

Bunyi Nyamuk

Jam dah pukul 12.10 malam. tapi mata aku yang mengantuk tak dapat tidur. Radio esah bising sangat malam ni. Tetiba dia (esah-moksu) membebel sesorang pasal internet. Entah apa tah yang dibebel sebab tak jelas tenggelam dengan bunyi radio dia tu.

Tetiba aje esah kat sebelah aku, terus tanya aku. "Hey kau boleh check tak pakai internet?" "Nak check amendenya pakai internet aku menjawab". Moksu cakap check "itulah,,, namaaa." "Nama amendenya?" aku jawab lagi. Nilah nama yang masuk syurga bulan ni.. OOOOOO aku tak jawab pun soalan tu..

Tulah soalan yang aku sendiri pun tak terpikir, bahawa kreativ jugak orang tua ni memikir.

Sabtu, 5 Disember 2009

BERITA SAWIT...


Salam sejahera kepada semua pendengar berita jam sawit.Semenjak cuti sekolah ini,difahamkan bahawa sawit yg diusahakan oleh esah di lubuk telah mengalami kemerosotan.ini kerana,banyak pokok2 sawit yg tidak mahu mengeluarkan buah yang banyak....

Lantaran itu,esah telah merungut kerana duit yg diperolehi tidak memuaskan hatinya.ini kerana,sejak sebulan lalu,esah memerlukan duit untuk membayar bil elektrik umah atas,kerana sekarang ini,esah sudah pandai mendengar IKIM.Sawit sekarang 1 tan rm350.

oleh itu,esah telah berkira2 untuk berhenti menyawit dan ingin bekerja sebagai pensyarah di sebuah rumah sakit jiwa.sejak cuti sekolah ini juga,esah telah menghantar surat aduan kepada ayah tentang peperangan yg berlaku di umah atas.esah menyatakan die tak dapat nak dengar radio kerana hari2 berlaku peperangan Counter strike antara b.zaki,din dan ayip(yabi yato).