Subscribe:

Rabu, 21 Mac 2012

Siapa Luqman al-Hakim?

   Terdapat pelbagai pandangan yang menceritakan tentang siapa sebenarnya luqman al-hakim itu.Ada pendapat yang menyatakan bahawa beliau ini adalah merupakan seorang nabi. Manakala terdapat juga yang menyatakan bahawa luqman al-hakim ini telah diberi pilihan sama ada untuk memilih kenabian atau hikmah dan beliau telah memilih hikmah.

   Walaubagamanapun, melihat kepada pandangan Dr Wahbah al-Zuhaili yang merujuk kepada Tafsir al-Munir, menyatakan bahawa luqman al-hakim ini bukan lah nabi, bahkan beliau adalah seorang yang bijaksana iaitu yang mempunyai kelebihan pada akal, kecerdikan dan kata-kata. Dan jumhur ulama telah bersetuju bahawa beliau bukan lah seorang nabi, tetapi beliau adalah seorang yang bijaksana dan ahli tafsir juga menyatakan bahawa beliau ini adalah seorang yang soleh sehingga kan nama beliau di catatakan di dalam al-quran bagi memartabatkan darjat beliau.

Tiada ulasan: