Terdapat hak dan tanggungjawab sesebuah Negara menurut pandangan
yang telah digariskan oleh syariat Islam. Antara hak dan tanggungjawab yang
yang dimiliki oleh sesebuah Negara menurut Islam ialah, hak untuk memilih sistem
politik yang akan dilaksanakan dalam Negara itu sendiri. Hal ini kerana,
sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w, baginda tidak menentkan cara-cara yang
khusus bagi melaksanakan system politik dalam memerintah sesebuah Negara Islam.
Jika dilihat
kepada pemerintahan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, sahabat telah
menggunkan system Khalifah dan kemudiannya mereka telah menggunakan system
monarki iaitu system beraja. Sistem politik yang digunakan ini tidaklah menjadi
salah menurut ajaran Islam selama mana pentadbiran yang dijalankan itu tidak
terkeluar dari landasan yang digariskan oleh Islam.
Hak dan
tanggungjawab Negara dalam Islam yang kedua pula ialah hak dan tanggungjawab
sebuah Negara untuk membuat hubungan dengan mana-mana individu atau masyarakat
tanpa mengira kedudukan Agama, bangsa, kaum, dan warna kulit.
Hubungan terhadap
Negara luar haruslah dilaksanakan dalam sesebuah Negara Islam bagi mendapatkan
kepentingan dalam perhubungan tersebut. Melalui hubungan luar ini juga, agama
Islam itu akan dapat disebarkan dan diperlihatkan kepada orang-orang bukan
Islam dan keindahan Islam itu dapat menarik minat orang-orang bukan Islam untuk
memilih Islam tersebut.Firman Allah dalam surah saba ayat 28 yang mafhumnya:
“Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia
seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan,
tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.”
Selain itu,
sesebuah Negara menurut Islam juga mempunyai hak dan tanggungjawab bagi
menentukan apa-apa undang-undang yang difikirkan sesuai asalkan undang-undang
yang dipilih itu, tidaklah bercanggang dengan ajaran Islam. Seperti
undang-undang yang telah dinyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah seperti
undang-undang Huduh dan Qisas.
Orang bukan Islam yang tinggal di dalam negara Islam dapat
dibahagikan kepada dua golongan:
Pertama : Ahli Dzimmi iaitu orang-orang yang tinggal kekal
dalam agamanya (bukan Islam) tetapi rela
tunduk dan patuh kepada undang-undang negara. Mereka adalah rakyat dan warganegara
yang sama tarafnya dengan rakyat dan warganegara dari golongan orang-orang
Islam sendiri.
Kedua : Al-Mustakmin iaitu warganegara asing yang dibenarkan
tinggal dalam negara Islam secara aman
bagi tempoh tertentu. Kedua-dua golongan ini mempunyai hak-hak dan
tanggungjawab tertentu terhadap negara Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan