Subscribe:

Isnin, 28 Januari 2013

jurnal minggu pertama praktikum j-qaf

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal    
:
:
:
:
Ke-1
Pertama
21 - 25 Januari 2013
Minggu Pertama Di SK Taman Sutera

Pada hari pertama, saya melapor diri kepada Encik Borahan Bin Kasim, Guru Besar, SK Taman Sutera, Johor Bahru. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru Besar memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah :
-       sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah;
-       struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan;
-       latar belakang murid dan masyarakat setempat;
-       tugas dan tanggungjawab murid di sekolah;
-       pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Selepas waktu rehat kami diperkenalkan kepada guru-guru dan staf sokongan. Selepas kami dibawa oleh Guru Penolong Kanan berjalan di sekeliling kawasan sekolah saua berjumpa dengan Ustazah Rosiza Bte Abd Hamid, guru pembimbing praktikum kami. Ustazah Rosiza Bte Abd Hamid memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester.

Saya telah ditugaskan untuk mengajar murid tahun3 dalam subjek Pendidikan Islam iaitu Pemulihan Jawi dan tilawah. Selain itu, saya juga diarahkan untuk mengajar tahun 3 subjek Bahasa Arab. Saya telah membuat rancangan pengajaran harian sebelum bermula kelas yang saya perlu mengajar. Untuk membuat rancangan pengajaran bagi Pendidikan Islam, saya tidak menghadapi masalah yang banyak dalam menulis perancangan saya. Namun begitu, dalam subjek bahasa Arab, saya menghadapi masalah untuk menulis rancangan pengajaran tersebut.

Saya menyelesaikan masalah menulis rancangan pengajaran bahasa Arab ini dengan merujuk kepada guru-guru lama dan kepada guru pembimbing saya. Alhadulillah, saya berjaya menulis rancangan pengajaran dalam bahasa Arab dengan bantuan rakan-rakan guru saya.

Pada hari kelima, saya menyerahkan Rancangan Pengajaran Harian saya kepada Guru Besar dan guru pembimbing untuk disemak. Selepas itu   saya  membuat   rancangan   mingguan,  rancangan  pengajaran   harian   dan  bahan  sumber pengajaran dan pembelajaran yang akan saya gunakan dalam minggu kedua.





Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :
Nama            :
Tarikh            :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :
Nama            :
Tarikh            :

Tiada ulasan: