Subscribe:

Khamis, 24 Disember 2009

ATAS BUMBUNG

Esah berceramah lagi pada malam semalam. Tepat sahaja pukul 12 malam apabila radio ikim mengumandangkan lagu negaraku, esah terus bangkit dan menyanyikan lagu negaraku dengan kuat.

Setelah selesai lagu negaraku, esah terus memanjat tangga ke tingkat bumbung sambil membebel-bebel, aku hamba Allah, aku hamba Allah. Ceramah pun dijalankan. kira-kira tiada sorang pun yang mendengar ceramah esah pada malam semalam, cuma seekor beruk dan ayam jaguh.

Terkadang esah menjerit menghalau-halau musang semasa berceramah. Musang yang menjadi dalang mengganggu ceramah esah biasanya mahu membaham ayam dibelakang rumah.

Ceramah esah terpaksa dihentikan dengan serta-merta kerana datang 5 anggota fru dan polis pencegah rusuhan. Anggota terbabit melepaskan gas pemedih mata kepada ayam dan beruk kerana menyaksikan ceramah esah yang tidak mempunyai permit.

Jadi esah mengharap supaya dimasa akan datang ceramahnya tidak akan disekat lagi.

1 ulasan:

A.Z Ibrahim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.