Subscribe:

Isnin, 27 September 2010

HaSaD DEnGKi JanGaN Di iKuti


Takrif hasad.
Rasa tidak senang atau sakit hati atau benci ke atas nikmat yang ada pada orang lain dan rasa senang atau gembira dan suka supaya nikmat itu hilang dari tangannya.
Peringkat-peringkat hasad
Pertama.
Benci pada nikmat yang orang lain perolehi dan suka nikmat itu hilang dari miliknya,sekalipun nikmat itu tidak menjadi hak nya.
Kedua
Benci kerana ketiadaan nikmat itu di tangannya bukan bencikan yang ada pada tangan orang lain,dan sukakan nikmat itu ada pada tangan orang lain,dan sukakan nikmat itu ada pada tangannya bukan sukakan nikmat itu hilang darinya.
Ketiga
Tidak suka kepada nikmat itu sendiri tetapi suka kepada nikmat yang seumpama dengan nikmat tersebut.Bila gagal memilikinya,maka rasa suka jika nikmat itu hilang dari tangan orang yang memiliki.Iaitu,sama-sama memiliki atau sama-sama tidak memilikinya.
Keempat.
Suka jika memiliki nikmat yang sama dengan nikmat yang sama dengan nimat yang dipunyai orang lain.Dan kiranya gagal mendapatkannya ia tidak benci dengan nimat yang ada pada tangan orang itu,sebaliknya suka kiranya nikmat itu kekal dalam miliknya.
Hukum hasad
 Hasad adalah di tegah dan haram,ini kerana hasad mengandungi rasa benci ke atas nikmat yang dimiliki oleh seorang muslim,dan rasa suka kiranya nikmat itu hilang dari miliknya.Rasa kebencian ini,mengandngi erti bahawa seolah-olah tidak rela dan marah terhadap Qada Allah yang menetukan untuk melebihi kurniaanya.
Hukum haram ini khusus jika dilakukan ke atas saudara seagama,tetapi membenci nikmat yang ada di tangan orang kafir,yang menggunakan nikmatnya itu untuk melakukan kerosakan,kezaliman,jenayah,huru-hara,perpecahan,fitnah dan sebagainya,maka hukumnya adalah tidak haram.Ini kerana kita tidak membenci nikmat atau rasa suka kehilangan nikmat tersebut,kerana nikmat tersebut dijadikan untuk melakukan keburukan.

Tiada ulasan: