Subscribe:

Isnin, 4 Januari 2010

hadis

عن أبي سعيد الخدري t قال: سمعت رسول الله e یقول: (( من رأى منكم منكرا فليغيره

بيده، فإن لم یستطع فبلسانه، فإن لم یستطع فبقلبه. وذلك أضعف الإیمان )) رواه مسلم.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.

Pengajaran hadis:
(1) Menunaikan tanggungjawab dakwah iaitu menyeru kepada perkara ma'aruf dan mencegahkemungkaran adalah suatu kewajipan ke atas seorang mukmin yang tidak harus dipandang enteng,kerana kecelakaan akan menimpa seluruh umat sekiranya kemungkaran dibiarkan terus merebak.

(2) Barangsiapa yang melihat suatu kemungkaran berlaku di depan matanya, dan dia berkuasa mencegahnya sama ada dengan tangannya atau dengan lidahnya maka dia berkewajipan mencegah kemungkaran tersebut. Dia berdosa membiarkan kemungkaran tersebut berlalu tanpa sebarang tindakan atau percubaan mahu mencegahnya, kecuali kalau dia tidak mampu atau kerana dibimbangi akan membawa kemudharatan kepada dirinya apabila dia mencegah mungkar itu.

(3) Mencegah mungkar hanya dengan hati, iaitu dengan membencinya dan berazam mahu mencegahnya pada suatu masa nanti kalau dia mampu adalah tahap iman yang paling lemah.

Khamis, 31 Disember 2009

MUSANG MENGGANAS

garupaletidak perasan, rupa-rupanya jam dah pukul 2 pagi semalam. Berdezup-dezup musang menyekik ayam dibelakang. Marah monyet dan jaguh, malam semalam cukup hangat bising sangat dibelakang seperti zoo dibuka rantainya. BISING!!!!
bising

Esah terus menjerit kuat!!! syohhhh... monyet menjerit!! jaguh menjerit!!!... Aku terbangun dari katil.. terus berjaga malam semalam terus tgk bola liverpool lawan tak ingat.

Walaubagaimanapun, semua binatang peliharaan dibelakang terselamat dari serangan musang tersebut. Monyet mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Esah kerana telah menyelamatkan bapa angkatnya dari dimakan.

Isnin, 28 Disember 2009

LAWATAN RASMI

Setelah sebulan lamanya Esah memberi ceramah yang tidak mempunyai permit. Kali ini esah telah bertekad untuk turun bumbung sendiri, menyaksikan para penyokongnya.

Lawatan yang hanya mengambil masa satu jam telah menjemput ramai peminatnya memerhati lebih dekat ketokohan esah. Sambil membawa surat khabar utusan dan meletakkan kedua tangannya dibelakang, esah memeriksa barisan-barisan penyokong yang terdiri dari ayam-ayam, berok seekor dan beberapa ekor kucing pendatang.

Setelah berpuashati dengan barisan penyokongnya esah terus ke tempat sampah belakang dan menyalakan api. Para peminatnya ketakutan apa yang mungkin dilakukan esah. Cehhhh rupanya esah mahu memasak nasi dan air. Ini setelah kerana digam oleh tuan rumah akibat keselekehan dapur masak apabila digunakan beliau.

Khamis, 24 Disember 2009

ATAS BUMBUNG

Esah berceramah lagi pada malam semalam. Tepat sahaja pukul 12 malam apabila radio ikim mengumandangkan lagu negaraku, esah terus bangkit dan menyanyikan lagu negaraku dengan kuat.

Setelah selesai lagu negaraku, esah terus memanjat tangga ke tingkat bumbung sambil membebel-bebel, aku hamba Allah, aku hamba Allah. Ceramah pun dijalankan. kira-kira tiada sorang pun yang mendengar ceramah esah pada malam semalam, cuma seekor beruk dan ayam jaguh.

Terkadang esah menjerit menghalau-halau musang semasa berceramah. Musang yang menjadi dalang mengganggu ceramah esah biasanya mahu membaham ayam dibelakang rumah.

Ceramah esah terpaksa dihentikan dengan serta-merta kerana datang 5 anggota fru dan polis pencegah rusuhan. Anggota terbabit melepaskan gas pemedih mata kepada ayam dan beruk kerana menyaksikan ceramah esah yang tidak mempunyai permit.

Jadi esah mengharap supaya dimasa akan datang ceramahnya tidak akan disekat lagi.

Isnin, 7 Disember 2009

Bunyi Nyamuk

Jam dah pukul 12.10 malam. tapi mata aku yang mengantuk tak dapat tidur. Radio esah bising sangat malam ni. Tetiba dia (esah-moksu) membebel sesorang pasal internet. Entah apa tah yang dibebel sebab tak jelas tenggelam dengan bunyi radio dia tu.

Tetiba aje esah kat sebelah aku, terus tanya aku. "Hey kau boleh check tak pakai internet?" "Nak check amendenya pakai internet aku menjawab". Moksu cakap check "itulah,,, namaaa." "Nama amendenya?" aku jawab lagi. Nilah nama yang masuk syurga bulan ni.. OOOOOO aku tak jawab pun soalan tu..

Tulah soalan yang aku sendiri pun tak terpikir, bahawa kreativ jugak orang tua ni memikir.

Sabtu, 5 Disember 2009

BERITA SAWIT...


Salam sejahera kepada semua pendengar berita jam sawit.Semenjak cuti sekolah ini,difahamkan bahawa sawit yg diusahakan oleh esah di lubuk telah mengalami kemerosotan.ini kerana,banyak pokok2 sawit yg tidak mahu mengeluarkan buah yang banyak....

Lantaran itu,esah telah merungut kerana duit yg diperolehi tidak memuaskan hatinya.ini kerana,sejak sebulan lalu,esah memerlukan duit untuk membayar bil elektrik umah atas,kerana sekarang ini,esah sudah pandai mendengar IKIM.Sawit sekarang 1 tan rm350.

oleh itu,esah telah berkira2 untuk berhenti menyawit dan ingin bekerja sebagai pensyarah di sebuah rumah sakit jiwa.sejak cuti sekolah ini juga,esah telah menghantar surat aduan kepada ayah tentang peperangan yg berlaku di umah atas.esah menyatakan die tak dapat nak dengar radio kerana hari2 berlaku peperangan Counter strike antara b.zaki,din dan ayip(yabi yato).

Ahad, 15 November 2009

Menjelang Cuti Sekolah yang akan Tiba.

salam bahagia kepada semua pembaca blog ini,selamat bertemu kembali dalam rancangan forum perdana.......menjelang cuti sekolah yg akan tiba tak lama lagi,anak2 cikgu ibrahim akan pulang ke kampung beramai2..maka bermula lah saat genting bagi kami sekeluarga.ini kerana,bila orang ramai kat rumah,maka banyak la cerita2 yg akan diperdengarkan oleh masing2.....terutamanya kak zah yg memang terer dalam membuat cerita..
kepada semua,jangan terkejut apabila balik ke rumah nanti,hal ini kerana,belakang rumah kita dah jadi sepertti zoo negara,..ini kerana bukan setakat ayam ayah,ayam esah,ular,semut,teh ning,warelat,tam teh,nyamuk,...malahan ada pendatang baru iaitu MONYET!!!!!!.....tentu semua terkejut dgn semua ini.rilek2.....monyet 2 ntah datang dari mana.tibe2 je ada kat belakang....habis pisang ayah die makan...eh,silap,pokok pisang....
selain itu juga,sikap esah yg semakin menjadi2 juga membuat kan penulis cukup bengang..tiap2 petang,esah akan ke tepi rumah,dan sambil2 menunggu azan magrib,esah akan mengangkat kain sehingga ke paras lutut untuk dijadikan umpan kepada nyamuk2 yg ada.apabila nyamuk hinggap dikaki esah,maka esah pun melempang nyamuk tersebut sambil mengeluarkan bunyi nye.........k,,,,,penulis bosan kat umah ni sebenarnya...2 yg wat cite ngarut2..hahaha