Subscribe:

Khamis, 30 September 2010

Selamat Hari Raya 2010


    Selamat Hari Raya kepada semua penganut Islam.
gambar ni,agak tak clear,mungkin kerana camera nya,Osak.Jadi,gambar nye,tak antik,tak awo.



  Suasana sedih di 1 syawal,yang kami hadapi,Bersyukur kepada Allah,kerana tahun ini,kami dapat beraya bersama ibu dan ayah.


   Ayah dan Emak yang kami sayangi,yang kaim hormati,yang kami sanjungi,yang kami hargai hingga ke akhir hayat kami.Kami sentiasa mendoakan ayah dan emak tidak kira walau diman kami berada.




Kami bergambar di rumah kak long,aku yang paling hensem tu..haha..
Ayip tengah ngurat jiran sebelah.Tongga yg pakai baju merah...


Masa ni,beraya kat umah kak zah..punya la tinggi umah die,nasib baik cukup nafas naik tangga..Kelihatan digambar,upacara penyampaian hadiah dari abg mem kepada mak,kerana menjuarai acara turun tangga paling cepat.Kek mi perasan cun la plk..




Gambar ni,kami beraya ke rumah cikgu mahadzir,(guru disiplin).tp yg sedihnye,abg nazree pakai baju Man united...Man united maen tipu,rasuah banyak..hhaahaha

Isnin, 27 September 2010

HaSaD DEnGKi JanGaN Di iKuti


Takrif hasad.
Rasa tidak senang atau sakit hati atau benci ke atas nikmat yang ada pada orang lain dan rasa senang atau gembira dan suka supaya nikmat itu hilang dari tangannya.
Peringkat-peringkat hasad
Pertama.
Benci pada nikmat yang orang lain perolehi dan suka nikmat itu hilang dari miliknya,sekalipun nikmat itu tidak menjadi hak nya.
Kedua
Benci kerana ketiadaan nikmat itu di tangannya bukan bencikan yang ada pada tangan orang lain,dan sukakan nikmat itu ada pada tangan orang lain,dan sukakan nikmat itu ada pada tangannya bukan sukakan nikmat itu hilang darinya.
Ketiga
Tidak suka kepada nikmat itu sendiri tetapi suka kepada nikmat yang seumpama dengan nikmat tersebut.Bila gagal memilikinya,maka rasa suka jika nikmat itu hilang dari tangan orang yang memiliki.Iaitu,sama-sama memiliki atau sama-sama tidak memilikinya.
Keempat.
Suka jika memiliki nikmat yang sama dengan nikmat yang sama dengan nimat yang dipunyai orang lain.Dan kiranya gagal mendapatkannya ia tidak benci dengan nimat yang ada pada tangan orang itu,sebaliknya suka kiranya nikmat itu kekal dalam miliknya.
Hukum hasad
 Hasad adalah di tegah dan haram,ini kerana hasad mengandungi rasa benci ke atas nikmat yang dimiliki oleh seorang muslim,dan rasa suka kiranya nikmat itu hilang dari miliknya.Rasa kebencian ini,mengandngi erti bahawa seolah-olah tidak rela dan marah terhadap Qada Allah yang menetukan untuk melebihi kurniaanya.
Hukum haram ini khusus jika dilakukan ke atas saudara seagama,tetapi membenci nikmat yang ada di tangan orang kafir,yang menggunakan nikmatnya itu untuk melakukan kerosakan,kezaliman,jenayah,huru-hara,perpecahan,fitnah dan sebagainya,maka hukumnya adalah tidak haram.Ini kerana kita tidak membenci nikmat atau rasa suka kehilangan nikmat tersebut,kerana nikmat tersebut dijadikan untuk melakukan keburukan.

Jumaat, 3 September 2010

Raya VS Kelas



isnin ini,aku ada mid sem..subjek undang2 acara jenayah...hari selasa pulak,aku kene bentang..peh!!!memang malas gle..kat kepala otak aku,yang ada,cuma hari raya...nak balik..nak buka puasa kat umah...tension betol aku mmggu ni...baik aku korek idung sekarang...