Subscribe:

Ahad, 13 Jun 2010

Tazkirah Magrib

 


Maksud fasiq

Maksud golongan fasiq ialah sesiapa yang asalnya beriman kepada Allah,berikrar dengan lisan,tetapi tidak melaksanakan tuntutan dan syariat Islam dan mereka ini tidak menimbulkan penentangan dan membuat alasan sehingga boleh membatalkan syahadah.(Sulaiman Ibrahim 2001:91)
Golongan fasiq ini sebenarnya,masih lagi melaksanakan setengah daripada tuntutan agama,namun mereka juga meninggalkan sebahagian yang lain.Dengan erti kata lain,mereka ini masih lagi orang Islam,namun mereka mengambil mudah terhadap perintah-perintah Allah.Golongan ini juga merupakan golongan yang paling ramai di muka bumi ini.
Menurut kamus dewan pula,fasiq ini membawa maksud,sesiapa yang beragama Islam,namun mereka ini tidak memperdulikan perintah Allah.

Kesan maksiat.

 Terhalang dari ilmu.

Ilmu adalah cahaya yang dilontarkan oleh Allah di dalam hati manusia, sementara maksiat akan memadamkan cahaya tersebut.
Pada suatu masa ketika Imam As-Syafie duduk serta membaca di hadapan Imam Malik, Imam Malik kagum melihat kebijaksanaan, kecerdikan dan kefahaman yang terdapat pada Imam Asy-Syafie. Beliau pun  berkata; “Sesungguhnya aku telah melihat Allah melontarkan ke dalam hati kamu cahaya, maka janganlah kamu memadamnya dengan kegelapan maksiat”.
Imam Asy-Syafie pernah menceritakan;
AKu telah mengadu kepada Waki’ tentang kelemahan hafalanku, lalu beliau menasihatku agar meninggalkan maksiat. Katanya; ketahuilah bahawa ilmu itu adalah kurniaan, kurniaan itu tidak diberikan kepada pelaku maksiat .(Amin1982.wordpress.com) 

Terhalang Dari Rezeki

Tersebut di dalam kitab Al-Musnad; “Sesungguhnya manusia terhalang dari rezeki lantaran dari rezeki lantaran doa yang dilakukannya”. Sedangkan ketaqwaan mendatangkan kemiskinan. Cara untuk mendapatkan rezeki ialah dengan meninggalkan maksiat.

Merasa Jauh dari Allah

Merasa berjauhan dari Allah di dalam hati pelaku maksiat, sama sekali tidak mendatangkan kenikmatan dan kesenangan. Jikalau kelazatan dunia dihimpunkan keseluruhannya, ia tetap tidak akan dapat terlepas dari hubungan yang buruk itu. Perkara ini tidak akan dirasakan melainkan oleh manusia yang hidup hatinya. Kelukaan tidak memberi sebarang kesakitan kepada hati yang telah mati. (Amin1982.wordpress.com)

Seorang lelaki telah mengadu kepada seorang arif tentang rasa kesunyiaan yang terdapat di dalam hatinya. Lalu dikatakan kepadanya; “Jikalau kamu dijauhkan oleh dosa, maka tinggalkannya jika kamu mahu menjadi dekat.”

 Merasa Terpinggir Dari Manusia

Merasa terpinggir dari manusia terutama dari orang-orang yang baik di kalangan mereka. Dia akan merasa terpisah dengan mereka. Apabila kejauhan tersebut bertambah, dia akan menjauhi majlis-majlis mereka, tidak mahu mengambil faedah dari mereka serta mendekatkan diri dengan kumpulan Syaitan mengikut kadart kejauhan yang dirasakannya.

Perasaan ini akan semakin kuat sehingga ia menekan. Lalu dia juga merasakan kebencian terhadap anak isterinya serta kaum kerabatnya, malah terhadap dirinya yang sebenar. Seorang salaf pernah berkata; “Jika aku melakukan maksiat kepada Allah akan terlihat kesannya kepada kenderaan dan isteriku”.

Uusan Menjadi Sulit

Melakukan maksiat boleh menyebabkan rasa kesulitan. Apabila dia menghadapi susah dan sukar. Sementara orang yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan permudahkan kepadanya segala urusan. Orang yang tidak bertaqwa maka urusannya menjadi sukar.

Demi Allah sungguh menakjubkan. Bagaimana seseorang manusia mendapati pintu-pintu kebaikan dan kemaslahatan tertutup sedangkan jalannya amat mudah baginya. Dia tidak mengetahui dari mana datangnya kesukaran tersebut.
Sebagai kesimpulan,marilah kita sentiasa berdoa agar diri kita dijauhkan dari sifat fasiq...Takbir!!!