Subscribe:

Isnin, 29 Mac 2010

Hukum melaksanakan dakwah


Dakwah merupakan suatu kewajiban yang perlu dilaksanakan oleh semua umat Islam.Hal ini dapat dilihat melalui dalil dari al-quran iaitu:
Surah al-nahl ayat 125.
ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. 
Daripada ayat al-quran dia atas,maka dapat disimpulkan bahawa amalan berdakwah ini adalah satu kewajipan yang mesti wujud di kalangan umat Islam.Oleh itu,para ulama telah menyimpulakn bahawa amalan berdakwah adalah fardu ain ke  atas ulama begi menyampaikan ilmu dan kepakaran mereka demi tersebarnya ajaran Islam di persada bumi ini.Namun ianya menjadi fardhu kifayah bagi umat Islam di mana mereka berkewajipan mewujudkan segalanya agar gejala kefasiakn tidak akan timbul.